Minggu, 16 September 2012

Batuan Sedimen

BATUAN SEDIMEN
Batuan sedimen adalah batuan yang terjadi karena pengendapan materi hasil erosi atau pelarutan.Jadi asalnya dari batuan yang sudah ada, baik batuan beku, batuan metamorf yang mengalamipelapukan, terkikis, tersangkut kemudian diendapkan ditempat lain, sehingga mengalami prosessementasi dan litifikasi menjadi batuan sedimen yang keras. Sedimen akan menjadi batuansedimen melalui proses pengerasan atau pembatuan yang melibatkan :
a. Pemampatan(Compaction) 
b. Penyimenan (Cementation)
c. Penghabluran semula (Recrystallization) terutamanya sedimen karbonat)
2.1.1 Pemampatan (compaction)Pemampatan menyebabkan butiran sedimen akan tertekan semasa tertimbus. Susunan butiranakan tersusun semula dengan lebih padat. Jika banyak partikal yang lembut seperti syal, sedimenlebih mudah mengalami pemampatan. Akibat daripada pemampatan, lapisan menjadi lebih nipis,porositi berkurangan, terutama dalam sedimen lumpur terrigenus.Pengurangan porositi dan kehilangan air mencapai 60-80%. Air akan mengalir ke kawasan yangberketelapan tinggi seperti pasir, dan akan memain perana penting dalam pelarutan danpemendapan kimia dalam pasir. Setelah tersusun semula, pemampatan yang terterusanmenyebabkan butiran bersentuhan satu sama lain. Tempat sentuhan mengalami tekanan yangtinggi dan perubahan fizikal berlaku, seperti proses larutan tekanan (pressure solution). Silikayang terlarut akan masuk dalam rongga antara butiran dan boleh membentuk simen.
2.1.2 Penyimenan (cementation)Penyimenan merupakan proses dimana mineral baru yang berasal daripada cairan rongga (porefluids) akan terbentuk/termendap di permukaan butiran atau berlakunya tumbuh-tambah atautumbuh-lampau atau pertumbesaran (overgrowths) mineral yang sedia ada. Jenis simen yangutama ialah kuarza dan kalsit.Simen akan mengikat butiran menyebabkan sedimen menjadi batu. Penyimenan biasanyaberlaku diperingkat pertengahan diagenesis. Jika berlaku diperingkat awal, ia bolehmengurangkan kesan pemampatan, yang mana simen yang keras boleh menahan tekanan.Simen kuarza berasal daripada air liang yang tepu dengan silika, iaitu hasil daripada pelarutanorganisma bersilika, larutan tekanan kuarza, diagenesis kimia mineral liat dan lain-lain. Simenkalsit boleh terbentuk semasa sedimen terendap, iaitu di kawasan sekitaran karbonat.
2.1.3 Penghabluran Semula (recrystallization) Penghabluran semula ialah proses perubahan saiz dan/atau perubahan bentuk, tanpa adanyaperubahan kimia atau mineralogi. Biasanya saiz akan bertambah, tetapi pengecilan saiz bolehberlaku. Penghabluran semula penting dalam batu kapur, yang mana saiz kalsit menjadibertambah besar, tekstur serta strukturnya mungkin musnah.
2.2 JENIS BATUAN SEDIMEN secara umumnya, sedimen atau batuan sedimen terbentuk dengan dua cara, yaitu :1) terbentuk dalam lembangan pengendapan atau dengan kata lain ianya tidak mengalami prosespengangkutan. Sedimen sebegini dikenali sebagai sedimen autochthonous. Antara sedimen yangtermasuk dalam kumpulan ini ialah evaporit, batu kapur, laterit.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar